Semalam selepas kelas organization behavior ku dan 4 lagu kawan-kawan aku pergi ke mid valley,ala saje nak hilangkan keboringan dan tension.... kitaorang tengok wayang.Kitaorang semua naik teksi,pak cik yang bawa teksi tu minta rm10 hish um mid valley bukan jauh sangat pun,aku tanya pak cik tu kenapa? dia cakap kerana jalan jem..huh aku tengok meter tak samapai pun rm10 just rm5 jer...eeeeeeeeee dah lah tua cekek darh nak mampus..Aku dah kawan yang dikenali dengan LInda macam nak sepak jer pak cik tu.huhuhhu... Sebelun tgk wayang kitaorang makan dulu yehaaaaaaaaaaa...dan seleps tu bru kitaorang g bli tiket,wah-wah mau tak riuh rendah kat depan kaunter tiket tu masa beratur,yelah dalam kelas pun suara kitaorng jer yang bising dalam kelas,ni tempat terbuka plak,yelah kamu bising nak tgk cite pe,dan kamu dengan sebulat suara dan segi empat suara juga nak tengok cite setem cite melayu,yelah ni first time tgk cite melayu kat panggung.
Selepas itu kitorang terpaksa nungu sejam ag,sebelum wayang start so kitaorang dul lepak larr ja,kawan aku yang 2 orang ag 2 cakap nak g toilet jap,tapiiii rupanya g shoping sakan ag,kitaorang bertiga macam duta eskalator lah lak duk nungu diaorang,kitaorang just duk tgk gelagat orang lalu lalang kat depan mata kitaorang lah,yang paling best tgk gelagat pasgan yang tgh syok bercinta,tapi pasagan dia merajuk best bangat deh,hikhikhik..klakar je aku tg...
Dan msa yang kami nungu untuk tk cite tu dh sampai dah,kitaorang masuk dalam panggung tu suara kitaorang jer yang menyerlah hahaahahaaa,yelah wat lawak bodoh..Yelah dah lah kawan aku pilih tempat yang ke-6 paling depan mau tak sakit tengkuk aku ,kitaorang belum cite start cite ag dah gelak dah dengan cite-cite bodoh idea sendiri.Hmmmmmmmmm... cite pun start arr, layan lah cite tu dengan geli hati,jantung,tali perut semua geli,yelah cite lawak mesti ketawa takkan nak nangis kottt..Selepas tu cite pun habis,kitaorang kuar dri panggung tu dengan langkah yang bergaya kerana tak rugilah duit tgk cite tu..huuuuuuuuuuuuuu....
Kitaorang semua pun balik lah kolej masing-masing,samapai aje kat bilik aku,tgk2x rooomate aku beum balik lagi,dah lah malam sampai n kecoh satu kolej pasal hantu kat kolej 7 tu... tapi aku inagt takutkan tuhan itu lebih baik dari syaitan.......
Oklah lepas ini aku tulis cite yang lain lakkkk..
Jumaat, 31 Julai 2009
AKU DAN KAWAN-KAWAN AKU DI MID VALLEY
Rabu, 29 Julai 2009
INI TENTANG DIRIKU.
Ini tentang diriku,aku dilahirkan disebuah keluarga yang sederhana.Mak dan abah ku berkahwin pada tahun 1985 dan usia mereka pada masa itu masih muda abah aku pada usia 21 tahun dan mak aku 23 tahun,walaupun jarak usia mak aku lebih tua dari usia abah aku tapi itu tidak menghalang untuk mereka bercinta dan berkahwin.Mak dan abah aku berkahwin dapat anak yang pertama ialah pada tahun 1987 iaitu abang aku lah nie.hmm tapi tak samapai seminggu abang aku dilahirkan dia pun meningal dunia akibat sesak nafas.Setahun kemudian iaitu pada tanggal 25 ogas 1988 aku dilahirkan,mak aku cakap aku dilahirkan tidak cukup bulan kerana terpaksa dipercepatkan kerana mak aku mempunyai penyakit.
Aku dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian,semua family kedua-dua belah pihak gembira sangat kerana aku cucu mereka yang pertama,walaupun sebelum ini abang aku dilahirkan tapi meningal dunia,dan aku berjaya untuk menuruskan hidup.Aku bersekolh terus msuk tahun 1 di skgm 3 gu musang,sebelum ini ku berasal di tanah merah kelantan dan berpindah ke gua musang,walaupun aku tak masuk tadika ataupun pra sekolah aku lebih cepat pandai membaca dari rakan-rakan ku yang bersekolah tadika.Aku bersekolah di skgm 3 sampailah darjah 6.Hah sewaktu darjah 6 inilah aku start bercinta,wahhhhh... kecil-kecil dah pandai bercinta yeeeee..ish2x budak zaman sekarang.hik2x.. tapi budak itu yang mengurat aku dulu hehe,dan selepas itu kitaorang putus,alah cinta monyet kan.Aku pun teruskan pesekolahan aku di smktip 1 di gua musang juga.
Di sekolah inilah aku jadi lebih matang sedikit,aku dapat ramai kawan baru kat sini,termasuk kekasih baru.Cinta kitaorang berputik semasa dia bagi surat kecil kepada ku semasa berada di dalam makmal sains,wah ku pun bace lah dan menyatakan 'saya suka awak'..Aku pun apa lagi terus lah terima dia pun cun,cinta kami sehingga tiga tahun,dan selepas itu aku minta putus kerana atas sebab tertentu,dia berasa sedih dengan aku,terputus cinta aku itu sehinggalah pada tahun 2007 semasa aku berada di tingkatan 6,tetiba telifon bimbit ku terpapar num yang tidak dikenali,aku pun msglah, dan akhirnya menyatkan yang dia ni ex aku so ku pun layan lah,dan dia menyatakan yang masih syang dekat aku.Aku cakap tk boleh terima dia kerana aku ada sebab tertentu,dan dia cakap ku boleh berubah,tetapi aku cakap perlu perlahan-lhan sekirnya aku nak berubah.
Pada tahun 2008 result stpm pun kuar,aku mendapat keputusan yang cemerlang,tanpa ku duga pun.Aku tersenrai sebagai 10 pelajar terbaik sekolah aku.Wah hadiah paling bermakna dalam hidupku dan keluarga ku.Selepas itu pada 29 jun 2008 aku pun register dekat universiti malaya,aku gembira sangat dapat masuk u ni yelah u paling top kan.Mauk kat sini macam-macam ragam pelajar ada,yelah dari pelusuk negeri dan ada juga pelajar asing.Aku pada tahun pertama sebilik dengn budak dari selangor dan perak,diaorang ini oklah baik.Pada 5 julai 2009 aku sudah menjadi senior dan berada di tahun 2, aku pun datang kolej dan register dan dapat lah bilik dengan budak junior,diaorang ini ok,fun,satu kepala.Jadi setakat ini dan tahun ini hidup baru aku akan bermula.hahahaha..sedang mencari cinta yang sejati...
