BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 29 Julai 2009

INI TENTANG DIRIKU.

Ini tentang diriku,aku dilahirkan disebuah keluarga yang sederhana.Mak dan abah ku berkahwin pada tahun 1985 dan usia mereka pada masa itu masih muda abah aku pada usia 21 tahun dan mak aku 23 tahun,walaupun jarak usia mak aku lebih tua dari usia abah aku tapi itu tidak menghalang untuk mereka bercinta dan berkahwin.Mak dan abah aku berkahwin dapat anak yang pertama ialah pada tahun 1987 iaitu abang aku lah nie.hmm tapi tak samapai seminggu abang aku dilahirkan dia pun meningal dunia akibat sesak nafas.Setahun kemudian iaitu pada tanggal 25 ogas 1988 aku dilahirkan,mak aku cakap aku dilahirkan tidak cukup bulan kerana terpaksa dipercepatkan kerana mak aku mempunyai penyakit.
Aku dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian,semua family kedua-dua belah pihak gembira sangat kerana aku cucu mereka yang pertama,walaupun sebelum ini abang aku dilahirkan tapi meningal dunia,dan aku berjaya untuk menuruskan hidup.Aku bersekolh terus msuk tahun 1 di skgm 3 gu musang,sebelum ini ku berasal di tanah merah kelantan dan berpindah ke gua musang,walaupun aku tak masuk tadika ataupun pra sekolah aku lebih cepat pandai membaca dari rakan-rakan ku yang bersekolah tadika.Aku bersekolah di skgm 3 sampailah darjah 6.Hah sewaktu darjah 6 inilah aku start bercinta,wahhhhh... kecil-kecil dah pandai bercinta yeeeee..ish2x budak zaman sekarang.hik2x.. tapi budak itu yang mengurat aku dulu hehe,dan selepas itu kitaorang putus,alah cinta monyet kan.Aku pun teruskan pesekolahan aku di smktip 1 di gua musang juga.
Di sekolah inilah aku jadi lebih matang sedikit,aku dapat ramai kawan baru kat sini,termasuk kekasih baru.Cinta kitaorang berputik semasa dia bagi surat kecil kepada ku semasa berada di dalam makmal sains,wah ku pun bace lah dan menyatakan 'saya suka awak'..Aku pun apa lagi terus lah terima dia pun cun,cinta kami sehingga tiga tahun,dan selepas itu aku minta putus kerana atas sebab tertentu,dia berasa sedih dengan aku,terputus cinta aku itu sehinggalah pada tahun 2007 semasa aku berada di tingkatan 6,tetiba telifon bimbit ku terpapar num yang tidak dikenali,aku pun msglah, dan akhirnya menyatkan yang dia ni ex aku so ku pun layan lah,dan dia menyatakan yang masih syang dekat aku.Aku cakap tk boleh terima dia kerana aku ada sebab tertentu,dan dia cakap ku boleh berubah,tetapi aku cakap perlu perlahan-lhan sekirnya aku nak berubah.
Pada tahun 2008 result stpm pun kuar,aku mendapat keputusan yang cemerlang,tanpa ku duga pun.Aku tersenrai sebagai 10 pelajar terbaik sekolah aku.Wah hadiah paling bermakna dalam hidupku dan keluarga ku.Selepas itu pada 29 jun 2008 aku pun register dekat universiti malaya,aku gembira sangat dapat masuk u ni yelah u paling top kan.Mauk kat sini macam-macam ragam pelajar ada,yelah dari pelusuk negeri dan ada juga pelajar asing.Aku pada tahun pertama sebilik dengn budak dari selangor dan perak,diaorang ini oklah baik.Pada 5 julai 2009 aku sudah menjadi senior dan berada di tahun 2, aku pun datang kolej dan register dan dapat lah bilik dengan budak junior,diaorang ini ok,fun,satu kepala.Jadi setakat ini dan tahun ini hidup baru aku akan bermula.hahahaha..sedang mencari cinta yang sejati...

0 ulasan: